Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Tentang Kahwin

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ia bermula sejak lebih kurang 5 tahun dahulu.
Satu persatu bertanyakan soalan yang sama.
Mungkin ada yang ingin mengusik.
Ada juga yang saja nak "korek rahsia".
Tak kurang juga yang bersungguh bertanya.

"Dah ada calon ke?"
"Ni mesti ramai dah masuk meminang ni..."
"Bila nak kawin?"

Pada awalnya diri ini tak begitu menghiraukan soalan-soalan berikut.
Lama-lama rasa hati sedikit berbunga.
Angan-angan mula bertandang.
Terkadang hingga tersenyum sorang-sorang.

Terasa diri sudah bersedia digelar zaujah.
Terasa mampu mendidik si cilik soleh dan solehah.
Terasa tak sabar untuk bersama si dia,
Terasa seronok untuk bersama mencari cinta Ilah.

Gambar Hiasan

Penat.
Penat bila selalu dengar topik yang sama.
Mungkin satu masa dahulu rasa seronok dengan topik ini.
Tapi bila ia tidak mendatangkan sebarang manfaat; hanya membuahkan angan-angan yang berlebihan, apa gunanya?

Lagi elok andai bertanya tentang perkara yang memanfaatkan diri.
Lagi baik andai berkongsi sirah nabawi.
Lagi seronok andai masa digunakan untuk berkongsi ilmu yang bemanfaat yang boleh memperbaiki diri.

Gambar Hiasan


Kata orang, hati wanita itu lembut.
Maka bentuklah ia untuk menjadi hati yang sentiasa mencari mardhatillah.
Hati yang diterangi cahaya iman.
Hati yang dihiasi taman taqwa.
Bukan dengan khayalan dan angan-angan yang melayang jauh tanpa arah tujuan.
Risau kalau niat di hati jadi kerana cinta dia yang belum pasti, dan bukan untuk cinta Dia yang sudah tentu pasti.

Hari itu pasti akan tiba,
Tapi usah terlalu memikirkannya.
Perbaikilah diri dan tabahkan hati,
Cinta sejati adalah cinta Ilahi.


Andai masanya tiba, diri ini akan redha.
Sementara itu, diri ingin mencari redhaNya.
InshaAllah.



Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Trending Articles