Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

UIAM di Hati

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh




5.35 petang.
Diri ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi yang lembut mengusap wajah.
Jemari menari riang di papan kekunci laptop.
Terdengar sang burung menyanyi riang bersama rakan-rakannya.
Sedang berzikir barangkali? :)

Ku melihat langit biru nan tenang.
Pepohon hijau lembut di pandangan mata.
Sinaran mentari yang agak menyilaukan, namun menceriakan suasana petang.

Tenang.
Sunyi.
Tenteram.

Itulah suasana di mahallah tersayang.
Itulah suasana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sedar tak sedar, diri ini sudahpun berdiri di ambang semester terakhir di UIA.
Sengaja balik awal.
Diri ini yakin dan pasti akan rindukan suasana UIA yang menenangkan ini.
Sejuk dan redup di hati walaupun hakikatnya di luar sang mentari agak terik.

UIA.
Tak ku sangka diriku dan dirimu hanya punyai lebih kurang 4 bulan untuk bersama.
Mungkinkah kita akan bersama lagi di masa akan datang?
Mungkin...
Allahua'laam. :)

Entah apa-apa je Qursiah luah sorang-sorang petang ni. ^_^"
Sekian.

Assalaamu'alaikum.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Trending Articles