بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.
Pastinya, ramai rakan UIA sudahpun mengetahui natijah bagi usaha yang mereka usahakan beberapa minggu lalu. Ada yang berdebar hatinya seperti drum, ada yang tenang bak air sungai yang mengalir. Ada yang tersenyum tatkala melihat huruf-huruf yang tertera di sebelah nama subjek, ada yang murung, dan ada juga yang tidak berperasaan.
Mungkin ada yang terus redha.
"Alhamdulillah... tak sia-sia aku usaha mati-matian masa tu. Syukurlah..susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. :)"
"Hmm..masa exam tu memang aku banyak main-main. Syukurlah dapat markah ni...sesuai dengan usaha.."
"Tu lah...siapa suruh asyik sangat main game pokemon tu.. kan dah jatuh markah... Padan muka. Tapi takpelah..redha je..next sem tak buat lagi." *insaf*
Tapi ada juga yang berasa kesal dan susah untuk menerima kenyataan.
"Hah?! Belajar sampai penuh satu muka dengan jerawat, dapat ni je?! Ish!"
"Penat-penat belajar masa tu, ni je dapat? Orang lain belajar ala kadar dapat markah OK je.. tak aci betul.."
Harapnya, kita tak lah bersifat macam golongan yang kedua ni. Setiap yang terjadi adalah atas ketentuan-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua pasti ada hikmahnya. Jangan mudah berputus asa atas kegagalan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai anak tangga pertama untuk kita menuju ke arah kejayaan.
Kita disuruh untuk bersabar bukan? Maka bersabarlah.
Kita adalah hamba-Nya yang beriman bukan? Dan antara rukun iman adalah untuk beriman dengan qadar-Nya. Maka, percayalah dengan qadar Allah dan jangan ragu-ragu akan hikmah di sebaliknya.
Seorang rakan saya pernah berkata bahawa dia sering cuba untuk mengingati hadith 'Mu'min Qawiy' ketika menghadapi apa jua cabaran. Dan dia menyarankan saya buat yang sama.
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول اللهالمؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كلٍّ خيرٍ احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز، فإن أصابك شيء فلا تقل: لو أنى فعلت كذا وكذا لكان كذا وكذا، ولكن قل: قدر الله وما شاء فعل، فان لو تفتح عمل الشيطان
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah. Sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : "Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini", tetapi katalah: "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan", kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
(HR Muslim)
Pengajaran hadith (baca sepenuhnya di sini):
- Selain usaha, kita haruslah berdoa kepada-Nya. Mungkin sewakatu kita berjaga malam untuk belajar, kita terkurang ibadah, terlewat solat, terburu-buru berdoa, dsb. Jadikan ini sebagai pengajaran dan usaha dengan gigih lagi untuk sem akan datang, inshaAllah. ^_^
- Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
- Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
- Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Contohnya, "kalau lah aku belajar macam ni, mesti dah dapat result macam ni..". Sebaiknya, katakanlah: "Syukur Alhamdulillah... it could have been worse... Lepas ni aku buat lagi baik lagi inshaAllah. Chaiyok2! (tak kata chaiyok pun boleh. hehe)."
Kepada rakan IIUM, jumpa sem depan inshaAllah. ^_^
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.