Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Istiqamah

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.



Mari kita mulakan dengan soalan: kenapa hijrah itu payah?

1  Biasanya bila kita berhijrah, kita akan meninggalkan sesuatu yang sudah sebati dengan diri kita kepada sesuatu yang lain/baru/asing.
Dan atas sebab itu, kita akan dapati hijrah itu sesuatu yang payah. Kita akan rasa susah untuk tinggalkan sesuatu yang sudah begitu lama hadir dalam hidup kita..sebab kita dah terlalu attached.

2  Banyak dugaan dan cabaran.
Jika hijrah itu adalah kepada sesuatu yang baik, ke arah yang diredhaiNya, tentu sekali kita akan menghadapi pelbagai cabaran- baik dari orang terdekat, orang sekeliling ataupun dari diri kita sendiri.

Ketahuilah, itu semua adalah akibat bisikan syaitan yang ingin kita tinggalkan hijrah itu. Dia takut sebenarnya..dia tak nak kita jadi baik. Tapi kita mampu melawannya sebab kita ada Allah.

Kitaaa punya kuasa teeenaga..
doaaa sebagai seeenjata..
Umat Islam sentiasa boleh!
(ehem, tertulis lirik lagu pula.)

3  Ganjarannya besar.
Seusai bersusah-susah melangkahkan kaki ke dunia baru, setelah melawan bisikkan syaitan, menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan itu, kita akan dapati bahawa it was all worth it. Kita akan peroleh manfaat dunia dan akhirat. Susah susah dahulu, senang senang kemudian kata orang..



Jadi, macam mana nak istiqamah?

Saya bukanlah pakar ilmu mahupun pakar motivasi. Namun, apa yang saya boleh kongsi dari pengalaman hidup yang serba tak lengkap ni adalah:


1. Keinginan. 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra’d :11)

Keinginan untuk berubah kepada kebaikan datangnya dari hati yang bersih.
Hati yang bersih diperolehi dengan memperbanyakkan ibadah dan kurangkan maksiat atau perkara-perkara yang melalaikan. Maka marilah kita beramal bersama dan dekatkan diri padaNya... semoga hati-hati kita sentiasa bersih dan diterangi hidayahNya, insyaAllah.


2. Niat.
Kalau niat di hati adalah kerana Allah, insyaAllah kita akan lebih istiqamah. Sebab terkadang bila kita rasa nak putus asa je, Allah seakan campakkan peringatan dalam diri kita. Terus rasa tak jadi nak putus asa, Alhamdulillah.


3. Pendirian.
Kita juga harus ada pendirian yang tetap. Yakinkan diri kita. Kalau kita tak ada pendirian, kita akan mudah terikut kata orang lain. Keinginan ibarat benih dan pendirian ibarat akar. Benih itu mampu tumbuh dengan izinNya tapi tanpa akar, mana mungkin kita tetap teguh di tanah, kan?


4. Tulis.
Kita semua manusia yang sering lupa. Terkadang kita terlupa mengapa kita lakukan sesuatu perkara tu. Maka untuk tangani masalah itu, saya sendiri suka tulis sebab-sebab penghijrahan itu..baik di diari ataupun di kertas yang ditampal di mana-mana. Jadi, bila rasa macam nak putus asa, bila ternampak je tulisan tu, kita akan rasa seakan semangat hijrah tu kembali semula, insyaAllah.


5. Jauhi dunia
Antara cabaran penghijrahan ini adalah dunia dan isinya. Jauhi atau kurangkan perkara duniawi dan dekatilah atau banyakkan amalan yang mampu mendekatkan diri padaNya, insyaAllah, kita akan lebih cenderung kepada penghijrahan itu.

Selain itu, orang sekeliling juga memainkan peranan. Carilah dan rapatkan diri bersama mereka yang sentiasa mencari dan membuat kebaikan. Jauhkan diri dari mereka yang sering mengajak kepada kelalaian dan maksiat. Berpisah untuk mendapat keredhaanNya itu tak salah..tapi jangan lah sampai bermusuh pula. Sebaik-baiknya, ajak lah mereka untuk bersama dengan kita juga. Yang lain, serahkan padaNya, insyaAllah.

6. Mulakan sikit-sikit
Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan, walaupun sedikit.”(H.R Bukhari dan Muslim)

Mulakan penghijrahan secara perlahan-lahan..step by step kata orang putih..
Bila dah mula sesuai dan konfiden dengan yang sedikit tu, up kan sikit, naik satu level lagi.
Contoh, tahajjud. Mulakan dengan 2 rakaat dahulu.. bila rasa 2 rakaat macam sikit sangat je, naik ke 4 rakaat pula, dan seterusnya insyaAllah. (Terima kasih cik Nusaibah kerana ingatkan point ini. ^_^)

* Ingin saya ingatkan bahawa saya hanya seorang pelajar yang masih kurang ilmu. Apa yang telah dibaca adalah hasil pembacaan, pendengaraan, penglihatan, pendapat dan pengalaman saya..

Jadi, ambillah mana yang baik dan betulkan mana yang salah.. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang sebaliknya hakikatnya dari Allah juga namun atas kelemahan diri saya sendiri.

 Jika ingin jawapan yang lebih tepat dan padat, rujuklah kepada yang pakar, insyaAllah. =)


Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188