Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Kepada si dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketampanan hanyalah sementara,
ia akan hilang atau ditarik semula.
Yang ku harapkan adalah agama
untuk mendapatkan keredhaanNya.

Bukan duit beratus ribu,
atau kereta dua tiga buah.
Yang ku perlu adalah ilmu,
untuk menambah cintaku padaNya.

Permata, emas, gelang dan cincin,
hiasan dunia yang tidak ku damba.
Yang ku ingin adalah pemimpin,
untuk bersama melangkah ke syurga.



Terkadang kita terlupa dan sering menginginkan atau mencari pasangan yang cantik, hensem, kaya, berpangkat besar, dsb. Semuanya berkaitan dengan hal duniawi.Walhal, tujuan bernikah bukanlah untuk perkara sedemikian semata-mata..

Carilah dan berdoalah agar mendapat pasangan yang mampu mendorong dan membimbing kita untuk lebih dekat padaNya. Seseorang yang mampu memimpin kita untuk bersama-sama ke syurga. Sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah berkata:
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah untuk separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 625)

Jadi kalau kita nikah semata-mata kerana hal2 duniawi tu, macam mana nak sempurnakan separuh agama kita tu?
Maka oleh itu, marilah perbetulkan niat dan perbaiki diri. Bercinta untuk mendapatkan cinta yang teragung.
“...perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

InsyaAllah, Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum


Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Trending Articles