بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Terasa ada beberapa cerita, kisah, dan perkara yang ingin dikongsi di blog.
Tapi buat masa ni, saya kongsi satu dulu.
Kisah pelajar baru.
![]() |
Gambar hiasan [Original source] |
Mungkin ada pembaca (kalau ada yang membaca) sudah maklum bahawa buat masa ni saya sedang bekerja sebagai seorang guru. Salah satu kelas saya tahun ni adalah kelas K1 (atau Tadika 1). Peringkat umur pelajar-pelajar dalam kelas ini antara 5-7 tahun.
Sudah lebih sebulan saya mengajar kelas ini, dan sudah mula build rapport dengan pelajar-pelajar. Mereka pun sudah cam dan kenal dengan rakan sekelas.Tup tup, masuk seorang pelajar baru dalam kelas.
Mula lagi dari alif nampaknya, fikir saya.
Dia kelihatan diam dan sedikit takut. Tapi alhamdulillah, dia tidak nangis, tidak melekat pada ibunya, tidak menjerit, tidak melalak, tidak merajuk, dan segala "me-" lain yang sewaktu dengannya. Saya pun membawanya ke kelas dan kenalkan dia dengan beberapa kawan-kawan barunya yang sudah mula mengerumuni dia.
Excited jumpa kawan baru nampaknya.
Menarik.
Ada kelas sebelum ni, bila ada pelajar baru, pelajar yang sedia ada hanya akan melihat dari jauh. Tetapi dalam kelas ini, hampir semua menghampiri pelajar baru. Ada yang cuba berjabat tangan, ada yang cuba memulakan perbualan, dan ada juga yang hanya duduk memerhatikan wajah kawan baru.
"Cantiknya awak", terdengar suara seorang pelajar. Comel je. :)
Hampir 30 minit sebelum kelas tamat,
"Cikgu! Dia nangis...", kata seorang pelajar sambil menarik-narik jubah saya.
Oh, pelajar baru.
Saya pun menghampirinya, menarik kerusi di sebelahnya, dan duduk.
Dia takut. Nak pulang ke rumah. Inginkan dakapan ibunya.
Saya pun terus memujuknya sambil mengesat air matanya dengan tangan.
Puk, puk, puk.
Saya terasa bahu dicucuk dengan jari kecil.
Bila saya berpaling untuk melihat empunya jari, rupanya Ayra, si pelajar comel. Pernah dia mengadu pada saya... Katanya dalam anak tudungnya ada semut, sebab kepalanya gatal. Comel sangat~ >.<
Ayra menghulurkan sepaket tisu yang belum dibuka.
Oh, nak tisu pula. Nak lap tangan agaknya, saya mengagak, kerana sebelum itu saya baru selesai mencucikan tangan pelajar-pelajar selepas makan.
Saya pun membuka paket tisu tersebut, menarik keluar sehelai tisu, dan menghulurkannya kepada Ayra.
Mmm!
Dia menggelengkan kepala.
Eh, tak nak pula.
Emm...
Dia menunjuk jarinya ke arah pelajar baru.
Oh, nak kasi kawan baru untuk lap air mata!
MashaAllah... Prihatin sungguh hati si kecil Ayra ni.
Nampak sifat empati pada dirinya.
Pernah sebelum ni saya memanjat kabinet untuk menarik white screen di depan.
Lantas dia berdiri lalu bertanya, cikgu, kenapa cikgu panjat? Mak saya kata tak boleh panjat, nanti jatuh. Dia terus memandang tetap ke arah saya dengan wajah serius.
Saya turun.
Dia duduk diam.
Tenang.
Anak kecil yang kita anggap kurang tahu dari kita pun mampu mengajar.
Anak kecil yang kita anggap kurang ilmu dari kita pun mampu memberi peringatan.
Kerana dia suci. Dia ibarat kain putih.
Kita pula ibarat kain yang sudah dilukis, ditulis, dan diconteng oleh bermacam ilmu dan pengalaman.
Setiap kali datangnya ilmu dan pengalaman baru, ia akan dicorakkan di atas ilmu dan pengalaman lama. Jadi tak mustahil kita akan terlupa perkara asas yang pernah kita belajar satu masa dahulu.
Kita akan lupa- itu lumrah manusia. Pelupa. Dan Allah akan sentiasa ingatkan kita dengan bermacam cara. Salah satu caraNya adalah dengan mendapat peringatan dari orang lain.
Orang lain tu tak semestinya seorang ulama, seorang ustaz, seorang ustazah, mahupun seorang yang berilmu tinggi. Mungkin sahaja dia adalah seorang yang kurang ilmunya, seorang yang belum belajar, seorang yang jauh lebih muda usianya dari kita. Mungkin sahaja peringatan itu datang dari seorang Ayra.
Bersedialah selalu untuk menerima peringatan. Just because dia seorang Ayra, tak semestinya kata-kata dan perbuatannya tidak significant dalam hidup kita. Mungkin sahaja seorang Ayra itu ingin memberi peringatan dari Allah untuk kita yang sering terlupa.
Allahua'laam.
Semoga hati kita sentiasa lembut dan terbuka untuk menerima teguran dan peringatan dari sesiapa pun, inshaAllah.
Assalaamu'alaikum wr.