بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Alhamdulillah...
Minggu yang agak memenatkan dan agak menguji diri yang lemah ni.
Rasa macam tak percaya, tapi mesti percaya juga, by next week, inshaAllah, saya akan mendapat seorang kakak. ^^, Banyak lagi yang perlu disiapkan untuk hari berbahagia ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar, inshaAllah...
Dalam sibuk-sibuk dengan itu, sempat juga saya luangkan masa untuk berjumpa dengan beberapa rakan sekolah dulu. Lamaaa rasanya tak jumpa. Tak banyak berubah...rasa macam masih waktu sekolah dulu-dulu je. ^_^
Tapi ada juga perkembangan.. Ada kawan yang dah tunang, ada yang sedang sibuk dengan FYP, ada yang sedang NS, ada yang dah nak masuk Universiti, dan ada juga yang dah nak habis U! SubhanAllah.
Teringat kata-kata seorang kawan tu,"Eh, ingat tak dulu ktorang kata nak jumpa lagi in 5 years time? Next year dah 5 years tau." MashaAllah, terkejut juga rasanya. Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun kita tinggalkan Irsyad. O_o
Memandangkan saya pun dah berzaman tak kongsi gambar, haa, ni serba sedikit gambar yang dipetik semalam di restoran al-Ameen, Woodlands. :)
Brothers yang hadir: Faris, Hadi & Salam.
Sisters yang hadir: Kak Yas, Kak Atiqah, Farah, Nabz, Husnul, Aminah, Hasanah, Qur, Nadiah & Mashita. :)
Renung menu lama-lama... last2 order roti john je. (sangat tak menarik.) Ramai kata makanan paling best dekat restoran al-Ameen ni, nasi biryani dia. Tengok orang lain order macam sedap. Lain kali lah, inshaAllah... ^^,
Air bandung tu saya punya tapi bukan saya order.
Alkisahnya, saya minta kawan sebelah saya cakapkan order untuk saya. Saya order fresh oren. Kawan tu pula order orange+ carrot. Tapi pelayan tu mungkin tak dengar atau silap faham...dia ingatkan kawan saya cuma order 1 air je...
Kebetulan pula, ada sorang lagi kawan terorder extra air bandung sebab dia ingtkan dia orderkan untuk kawan sorang lagi. Tapi rupanya kawan tu dah order pun.
Putar belit je cerita ni kan? hehee.
Pokoknya, sayalah yang amik air bandung tu. Syukurlah sedap. ^_^
Masa balik, kita jalan kaki je dari al-Ameen ke MRT Woodlands. Tinggal kami 5 orang je sebab yang lain ada agenda lain. :D
Malam tu pula, ada perjumpaan keluarga di rumah pakcik. Dapat jumpa sedara latest yang baru berusia 2 bulan. Syamil Zulfadhly namanya. Sedap kan nama tu? :)
Pipi tembam macam kuih apam. >.<
Dan pagi tadi pula, saya temankan adik-adik ke City Square Johor untuk cari kasut.
Itulah sedikit sebanyak apa yang saya buat waktu cuti panjang ni. Ni cuma highlights je. Kalau nak cerita in detail, sampai Syawal tahun depan pun tak habis. ^_^v
Kurang 2 minggu lagi dan Ramadhan pun akan datang mengejutkan kita dari kelekaan dunia ni. Marilah kita mulakan persiapan diri dari segi iman dan perut supaya kita tak terlalu terkejut semasa bulan Ramadhan nanti, inshaAllah. Biasakan mana yang tak biasa... semoga semuanya akan dipermudahkan inshaAllah.
Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.