Assalaamu'alaikum wr. :)
Pejam celik, pejam celik, dah masuk 3 bulan Qur di rumah.
Pejam celik, pejam celik, dah masuk 3 bulan Qur di rumah.
2 bulan lagi Qur akan teruskan perjuangan menimba ilmu Allah di UIA Gombak.
Rasa kurang sabar ada...rasa tak sabar pun ada. hehe.
Lusa ada kelas memandu lagi..
Minggu lepas, Qur belajar parking semua.. Angin tak ada, ribut tak ada, cik instructor tu suruh Qur ambil ujian QTI (QTI ni, macam mock exam sebelum final test memandu. Kalau pass QTI, boleh amek test memandu. Kalau pass test memandu, dapat lesen P.).
Sepatutnya, kita harus belajar memandu selama 9 jam sebelum menduduki ujian QTI..Qur baru sahaja belajar selama 6 jam termasuk hari tu. Tetapi cik instructor tu dah uruskan semuanya di pejabat..lalu Qur pun ikut sahaja...
Qur gagal. heehee.
Tetapi mereka luluskan Qur dan 5 orang lagi. Namun, kita harus tambah jam untuk belajar memandu . Alhamdulillah..Qur pun masih kurang jam belajar.
Ujian memandu Qur jatuh pada tanggal 13hb Mei.... EH? Lagi 2 minggu je? O_o'
huhu
Kepada sesiapa yang sudi, doakan Qur insyaAllah.
Baarakallahu fiikum. :)
Assalaamu'alaikum.