بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.
Semalam di kelas, seorang lecturer telah berkata tentang sifat positif.
Katanya, orang yang positif itu, bila dia dihadapi masalah atau disuruh membuat sesuatu yang tak pernah dia lakukan, dia akan kata, "Ok. Saya akan cuba."
Orang yang negatif pula, apabila menghadapi masalah yang sama, akan serta merta mengatakan: "Alah, tak boleh lah../ tak pandai lah.../ tak reti lah.." dan yang sewaktu dengannya.
Sekarang assignment dah berada di tahap kemuncaknya.
Quiz pula akan bertandang tak lama lagi..
Midterm pun dah mula mengendap dari jauh.
Saya tau ramai rakan-rakan yang mengambil banyak subjek sem ni...dan subjeknya semua berat-berat belaka.
Mungkin ada yang terfikir: ah, buat biasa-biasa je lah..asalkan pass...
Atau mungkin ada yang akan memilih untuk bersungguh-sungguh pada satu subjek dan berala kadar pada subjek yang lain.
Jangan macam tu...
Ingat tak Allah dah janji pada kita bahawa Dia tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung?
Ingat kan janji Allah bahawa selepas kesusahan PASTI ada kemudahan?
Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. :)
Dan jangan pula cari jalan mudah yang tak halal demi mencapai apa yang kita nak.
Contoh: curi-curi tengok soalan quiz dari laptop lecturer atau cheating semasa exam.
Memang kita akan dapat markah baik, tapi puas ke dengan markah tu? Berkat ke?
Sebaik-baiknya, kita usaha bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat kepada-Nya.
Selang selikan waktu belajar dengan selawat, dzikir, membaca al-Quran, dll.
الا بذكر الله تطمئن القلوب
Sohih? :)
Dan jangan lupa, tak ada yang susah sebenarnya. (boleh klik sini untuk baca post saya tentang ni, insyaAllah)
Jadi jangan putus asa, jangan bersifat ala kadar, dan jangan bersifat negatif.
Umat Islam sentiasa boleh! ^_^
InsyaAllah. Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum,