Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188
↧

Pandangan Mata

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Wr Wb.
"Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah.
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki... kalau hati itu bersih."

Lirik lagu Pandangan Mata oleh Hijjaz.

Kalau dilihat pada ayat pertama lagu ini, kita akan dapati bahawa pandangan mata selalu menipu.
Kerana apa yang kita lihat akan dihantar kepada akal yang akan proses penglihatan kita itu.

Dan bak kata Hijjaz, 'pandangan akal selalu tersalah.'
Ini kerana akal kita terhad. Kita hanya mampu memikirkan perkara-perkara yang logik. Yang sebaliknya pula, sukar untuk kita percaya.
Ada juga yang terlalu mengikut kata-kata 'to see is to believe'.
Namun dalam Islam, kita diajar untuk percaya pada perkara-perkara yang ghaib.
Perkara yang belum pernah dilihat manusia seperti syurga, neraka, alam barzakh, dan sebagainya.
Ini memerlukan iman yang teguh. Kita harus beriman dan yakin dengan Allah, ciptaanNya dan ketentuanNya.

Iman pula sentiasa naik turun akibat bisikan syaitan. Andai iman kita kuat, bisikan itu akan kita tepis jauh-jauh.
Namun iman kita masih lagi lemah lalu usai syaitan menghasut kita, kita terbawa-bawa pula dengan hasutan itu dan lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari diri kita.
Dan atas sebab itu, kita akan lebih cenderung untuk mengikut nafsu berbanding bisikan hati kita.

Hati yang bersih, insyaAllah akan mendapat ilham dariNya.
Hati yang bersih, insyaAllah akan bersih jua dari bisikan syaitan dan nafsu.
Jadi, bersihkanlah hati kita selalu dengan membaca Al Quran, berdzikir, selawat, istirghfar, dan sebagainya insyaAllah...

...................................................

erm...


Sebenarnya, saya bukan nak tulis ulasan tentang lirik ini. (ilmu pun tak cukup untuk buat ulasan.. -__-)
Yang sebenarnya, saya nak tulis tentang 'merendahkan pandangan mata'.
Tapi tetiba je teringat lagu ni..terus je tertulis yang panjang-panjang di atas tu. heh.

gambar hiasan


Dalam Al Quran Allah dan ingatkan kita untuk merendahkan pandangan mata. Sebab 'dari mata akan turun ke hati'.
Bila hati dah berisi, habislah iman kita... Mungkin kita boleh kawal pada awalnya...
Tapi sebaik-baiknya, 'Jagalah hati, jangan kau nodai. Jagalah hati, lentera hidup ini.'(ceh, termasuk lagu lain pula...)
Jadi, untuk kebaikan hati dan iman, jagalah pandangan.

Selain menjaga hati kita, kita juga mampu untuk jaga hati orang yang dipandang tu..
Kot-kot lah kalau orang selalu sangat pandang dia, nanti dia perasan cun/hensem pula.
Timbul pula riak dan bangga diri dalam hati dia.. habis gelap hati dia... kesian dia..

Satu lagi, bila kita pandang-pandang, biasanya orang tu akan rasa kurang selesa.
(Melainkan dia dah mula perasan cun/hensem lah...)
Jadi janganlah pandang lama-lama... kesian orang tu..
Takut nanti dia fikir kot kot muka dia ada jerawat besar ke..
atau ada tiga mata ke...
atau ada binatang melekat di hidung ke...
habis tak keruan fikiran dia nanti.

Sekadar itu sahaja.
Renungan dan peringatan untuk diri ini dan juga kepada sesiapa yang sudi membaca... semoga mendapat manfaat walaupun sedikit.
Yang benar dan baik itu datangnya dari Allah. Yang sebaliknya pula atas kelemahan diri saya sendiri.
Allahua'laam.

Assalaamu'alaikum.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Latest Images

Trending Articles