Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Peluang Pahala

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalaamu'alaikum Warahmatullah :)

Pagi semalam saya ke bank. Sampainya di sana, saya agak terkejut kerana Q tersangatlah panjang. "Tak apa Qursiah..test kesabaran..." saya cuba memujuk diri.

Di hadapan saya terdapat seorang wanita bangsa cina yang agak berumur. Di hadapannya pula, ada seorang makcik. Kasihan...nampak sangat berusia, uzur dan lemah. Di tangan kirinya tersangkut beg plastik berisikan kad EZ-Link dan beberapa barang lagi. Di tangan kanannya, seutas tasbih. Mulutnya tak henti berdzikir mengingat Tuhan.

Dia menoleh, memandang saya, lantas menguntumkan senyuman. Saya membalas.

"Assalaamu'alaikum." :)
"Wa'alaikumussalaam.." :)

"Selamat berpuasa."
"Selamat berpuasa juga cik."

Selepas beberapa saat....

"Selamat hari raya" :)
"Hehe, selamat hari raya cik." :D

Ya, saya hanya mampu menjawab seperti robot dan tersengih. Lemahnya saya.
Dia pun mula berbual dan menceritakan kisah hidupnya. Kisahnya membuat saya tersentak.

Kita sering fikir kehidupan kita susah... Kita merungut kerana tak dapat apa yang kita inginkan, kerana duit tak cukup... Namun kita lupa, di luar sana, lebih ramai orang yang LAGI susah dari kita.. Kalau kita tak cukup duit, mereka langsung tiada wang dollar untuk membeli keperluan harian. Kita sekadar tak dapat apa yang kita mahu, sedangkan mereka tak dapat apa yang mereka perlu.

Kisahnya begini: Dia berasal dari Pakistan. Semasa umurnya 6 tahun, dia behijrah ke Malaysia bersama ibu bapanya. Tak lama selepas itu, kedua orang tuanya telah kembali ke rahmatullah. Dia pernah bernikah namun, suaminya juga telah kembali kepada Sang Pencipta.

Lalu dia pun berhijrah ke Singapura untuk mencari rezeki seorang diri.
Tetapi ternyata kos kehidupan Singapura terlalu tinggi untuknya..
Katanya, dia hanya berbuka puasa dengan garam dan air kosong sahaja...
Kita pula?
Allah...

Dia ke bank untuk check balance dalam accountnya. Katanya, dia sudah ke badan yang berkenaan untuk meminta bantuan, namun hampa...

Panjang lagi kisah ni tapi rasanya ini pun memadai untuk dijadikan renungan... Di saat itu, saya hanya mampu berdoa sahaja untuknya...tak tergerak pula tangan walaupun minda telah berfikir dan hati berbisik.

Terfikir sejenak di sana: Allah dah beri peluang untuk dapatkan pahala, kenapa saya tak memanfaatkannya sepenuhnya? Ya, mungkin peluang itu akan datang lagi..tapi adakah saya akan ditemukan dengan peluang itu?

Seperti juga Ramadhan ini... Allah dah berikan peluang...
bukan seminit,
bukan sejam,
bukan sehari,
tetapi SEBULAN peluang untuk collect dan tambah pahala...
Sudahkah kita memanfaatkannya sepenuhnya?

Mungkin kita rasa konfiden bahawa kita akan dapat peluang ini sekali lagi di tahun hadapan...
Kita lupa, ajal boleh tiba bila-bila sahaja...
Kita lupa, kita tak akan hidup selamanya...
Kita lupa, kita hanyalah hambaNya yang tak lari dari dosa.. Nah, Allah dah berikan peluang untuk tambah pahala dan memohon keampunan dariNya... sudahkan kita lakukan?
Bersungguhkah kita?

Layakkah kita berhari raya nanti di pagi Syawal dengan amalan yang tak seberapa ni?
Layakkah kita bersuka ria, sedangkan hari-hari lain pun kita leka dengan keriangan dunia?
Layakkah kita?

Ramadhan masih berbaki 2 hari lagi. Marilah kita mengejar peluang pahala ini. Jangan biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja. JOM!

gambar sekadar hiasan


Renungan di hujung Ramadhan untuk diri yang serba kekurangan ini, dan untuk sesiapa yang sudi baca, insyaAllah...Semoga bermanfaat walaupun sedikit.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Trending Articles