
Phone. Handset. Handphone. Cellphone. Telefon bimbit. (apa bahasa arabnya ye? Lupa pula.hehe)
Ramai kata LG tak bagus. Selalu lag. Kualiti tak bermutu. Aksesori terhad.
Tetapi designnye...aduh. Memikat hati dan jiwa. hehe.
Halnya, Sony Ericsson sangat bermasalah dari segi pengecas (kan?huhu). Slot cas tu selalu sangat longgar.
Nokia pula, design tak seberapa... sekarang pula musim handphone jenis touchscreen. Kurang minat pula.huhu... Tak silap juga, Nokia antara brand yang kita digalakkan untuk boikot kan? hmm...
Phone ni, sangat basic. Fungsinya tak secanggih mana...
Tak ada WIFI...
Kamera hanya 3MP...
Tak ada flash...
Tak ada downloadable themes...
Tetapi cukuplah,kan?
Kalau banyak sangat fungsi yang bagus-bagus dan canggih, nanti kita asyik leka bermain dengan phone.
Petik gambar sana, curi gambar sini...
Facebook sana, blogging sini.. (macam tak cukup facebook dekat laptop.huhu. Katanya 'on-the-go'. Bukan ke lebih elok kalau membaca on-the-go dari asyik facebook aja?)
Downloadable themes pula, agak membuang masa. Kadang-kadang ada hari yang kita rasa macam nak download tema baru. Lalu, satu hari suntuk(atau berjam-jam) kita luangkan untuk mencari tema yang cantik dan memikat hati untuk phone kita.
Dari duduk mengadap laptop cari themes, rasanya banyak lagi perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan, kan?
Fungsi utama handset ni adalah untuk menghubungi orang-orang yang tertentu baik dengan menelefon atau menghantarkan pesanan ringkas. Asalkan phone itu boleh berfungsi sedemikian, cukup lah..ala kadar. hehe
Rasanya, bila kita ada satu handset yang canggih, bila ternampak yang lebih canggih, kita pasti akan terkejar-kejar.
"WAH! Phone tu ada 4G! Aku punya 3G aja... nak yang tu lah.."
"WAH! Phone tu camera dia 12mp! Aku punya 5 aja...Nak yang itu lah..."
"WAH! Phone tu ada software baru!Updated version punya! Nak yang tu lah..."
"WAH! Phone tu ada software baru!Updated version punya! Nak yang tu lah..."
WAH sana. WAH sini.
Bila nak habis?
Tapi tu lah...
Ni hanya pendapat Qur semata-mata.
hehe.
^_^
Assalaamu'alaikum.