Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Idea Cuti Panjang

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.


Hari tu Qur minta idea dari rakan-rakan di FB untuk topik yang boleh ditulis di blog ni. Alhamdulillah, ada beberapa sumbangan idea dari beberapa rakan. Jazaakumullahu khairan. :)

Antara idea yang diberi adalah yang berikut:


UIA baru mula cuti sejak beberapa hari lepas. Dan sem baru akan bermula bulan 9 nanti.
Bagi yang mengambil sem pendek (atau short sem), mungkin waktu cuti tak terlalu lama... tapi bagi kami yang tidak mengambil sem pendek, cuti 5 bulan (lebih kurang). Jadi, nak buat apa ye cuti lama-lama ni?

Pada pendapat Qur sendiri, antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah:

1 Kerja

Untuk Qur sendiri, Qur niat nak mengajar di sekolah lama..bantu adik-adik..
InsyaAllah kalau ada rezki ustaz akan panggil.. harap dapatlah kongsi ilmu yang tak seberapa ni bersama adik-adik..dan sekaligus, Qur pun dapat belajar juga insyaAllah.

Kalau nak kerja lain pun boleh..
Mungkin ada yang takut atau rasa tak bersedia..
Kalau ada perasaan atau rasa macam tu, tolaklah ke tepi. Doa pada Allah minta tenangkan hati dan beri kekuatan insyaAllah.

Yang bagusnya kalau kerja ni, lebih-lebih lagi kalau kerja sepenuh masa, masa kita tak terbazir insyaAllah. ^_^

2 Belajar

Banyak perkara yang boleh kita pelajari sepanjang cuti ni..
Contoh, belajar sesuatu yang tak diajar di sekolah/kampus seperti life skills, atau kita boleh lebih mendalami pelajaran yang kita belajar di kampus dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa, atau kita boleh juga belajar sesuatu yang kita tak pernah tahu.

Cara-cara untuk belajar pun banyak..
Contoh, kita boleh menghadiri kelas hujung minggu (kalau ada), ceramah, forum, baca buku, buat research sendiri, dan sebagainya.

3 Beramal

Kalau kita kerja, boleh jadi kita beramal dalam masa yang sama. Contoh, kalau kita mengajar, kita juga beramal..selain mengajar mengikut buku, kita boleh selitkan beberapa ilmu luar buku atau peringatan untuk adik-adik kita, insyaAllah..

Kalau tak kerja, mungkin boleh beramal dengan cara yang lain..
Mungkin boleh kongsi ilmu yang bermanfaat bersama yang lain di blog atau FB...
Mungkin kalau mampu dan ada rezki, kita boleh berhalaqah dengan rakan-rakan di rumah.. 5 bulan tu..kalau setiap hujung minggu berhalaqah, rasanya banyak juga yang boleh kita dapat, kan?

4 Memperbaiki diri

Walaupun Qur letak ni yang terakhir, pada Qur sendiri, ni amat penting.
Memperbaiki diri dari segi mentaliti, jasmani dan rohani.

Kalau di kampus mungkin kita terlalu fokus pada pelajaran, di rumah ni dalam keadaan yang tenang sedikit, kita boleh fokus pada diri kita sebagai hambaNya..muhasabah diri, pertingkatkan iman dan amalan insyaAllah,  merapatkan silaturrahim bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan, dan sebagainya.

Pada Qur, perkara utama yang harus dilakukan untuk memperbaiki diri, adalah dengan mengenal Allah.
Kita kenal Pencipta kita...
tahu apa tujuan kita dicipta...
renungkan apakah yang telah kita lakukan selama ini, mana yang boleh diperbaiki, mana yang boleh dikurangkan, mana yang boleh ditambah...
InsyaAllah, semoga Allah sentiasa melapangkan hati kita dan sentiasa bersama kita dan menjadikan kita antara hamba-hambaNya yang bertaqwa, amin.

Rasanya itu sahaja dari Qur.
Perkara-perkara yang disebut adalah dari pendapat Qur sendiri berdasarkan sedikit pengalaman dan sedikit ilmu yang telah dipinjamkan olehNya...

Mungkin ada yang sesuai, mungkin ada yang kurang atau tidak sesuai dengan orang lain.. Ambillah mana-mana yang baik dan perbaikilah yang kurang baik itu insyaAllah.. :)

Oh, satu lagi. Time management.
Sangat-sangat penting. Kita harus pandai bahagikan masa di rumah ni.. kurangkan perkara-perkara yang lagha dan bersifat duniawi (insyaAllah) dan lebihkan pada perkara yang bermanfaat, insyaAllah. :)


Allahua'laam
Assalaamu'alaikum wr.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188