Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Takde Yang Susah Sebenarnya

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Wr Wb.


"Xde yg susah sbenarnya dlm dunia ni...", kata seorang kawan Qur.
Ayat ringkas berbentuk tazkirah dan renungan itu agak payah untuk Qur terima pada awalnya.
Mana mungkin takde yang susah? Semuanya susah..sebab tu kita kene usaha... - kan?

Kalau kita berusaha untuk lakukan perkara yang susah itu, dan usai usaha itu kita mampu untuk melakukannya, kiranya tak lah susah pun perkara tu kan?

Qur ingat lagi zaman kecik-kecik dulu..
Waktu baru belajar makan menggunakan tangan sendiri (sebelum ni makan guna tangan mak je. hehe).
Qur lihat orang lain makan senang je...
Qur pula, susah rasanya nak lembutkan jari jemari tu untuk menyuapkan makanan ke mulut..
Ambil nasi segenggam, yang berjaya disuap hanya secubit.. sebab yang lain jatuh bertaburan di pinggan...
atau di lantai..hehe..Takpe..zaman kecik-kecik..dimaafkan...

Masa tu Qur fikir, ya Allah, susahnya!!!
Tapi, macam orang selalu kata, usaha itu escalator kejayaan.
Lalu, dengan usaha yang istiqamah, Qur berjaya untuk makan seperti manusia biasa.. Alhamdulillah.. :)

Contoh kedua- basikal dua roda.
Rasanya, ramai yang mengalami pengalaman yang sama kan? Susah benar rasanya nak naik basikal dua roda ni...
Susah nak seimbangkan...
Susah nak kawal...
Susah! Susah! Susah!

Rasanya, kalau kita kerap mengungkapkan perkataan 'susah' itu, adakah ia akan membantu?
Tak kan?

Waktu tu, Qur kata pada diri Qur, kalau abang boleh, Qur pun boleh!
Maka, dengan semangat yang membara itu, Qur teruskan usaha dan tak lama kemudian, Qur sudah mampu merempit di taman kawasan perumahan Qur.. Bawa basikal macam bawa superbike... kalau bawa superbike macam mana agaknya... hehe

Pokoknya, apa yang ingin Qur kongsi ialah, kalau kita belum belajar, belum reti dan belum cuba sesuatu perkara itu, memang kita akan berpendapat bahawa ianya susah. Di kala itu, ingatlah kalam Allah,


(2:286) "...لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. :)


Maka ubah lah pemikiran itu..
Ingatlah, tak ada yang susah.. cuma kita belum pandai lagi. Tu je.
Maklumlah...kita ni manusia yang kurang ilmunya. Ilmu pula luas namun ia sudah tersedia. Terpulang pada kita nak cari atau tidak.

Dan di sinilah datangnya usaha kerana apalah ilmu jika kita tidak mengamalkannya. Maka, bila ilmu sudah ditemui, berusahalah untuk mengamalkannya, insyaAllah.

Cuba tanya rakan atau sesiapa pun yang kita lihat mahir/pakar/pandai/berjaya dalam sesuatu yang kita rasa susah.. Pastinya ada cerita atau kisah usahanya di sebalik kejayaan itu...
Semua orang berusaha.. cuma tahap usaha itu je yang berbeza.

Maka, usahalah bersungguh-sungguh kalau benar-benar ingin berjaya.
Sambilan itu, doalah kepadaNya untuk memberi kita kesabaran dan ketabahan hati..
InsyaAllah, kita akan mampu lakukan perkara itu.
Yakinlah! :)


Peringatan dan motivasi terutamanya untuk diri Qur, dan sesiapa yang sudi baca blog yang tak seberapa ni insyaAllah. Semoga bermanfaat..


Terima kasih daun pudina...eh silap, daun keladi...kepada kawan yang berikan kata-kata motivasi tu. Baarakallahu fiik. :)

Wallahua'laam
Assalaamu'alaikum.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188