"Nanti jangan lupa kisarkan lada dengan bawang tu, ye?"
"OK ibu.. er, bayam ni pula?"
"Bayam tu, petik daun-daun yang hijau, lepas tu cuci sampai bersih. Boleh?"
"No problem ibu!" Nur jawab dengan senyuman.
"Betul Nur boleh buat ni sendiri?" Ibunya, Siti, meminta kepastian. Inilah kali pertama dia membiarkan anaknya memasak tanpa pengawasannya.
"Ibu jangan risau... Ibu pergilah ziarah cik Maznah. Kasihan dia... kirimkan salam Nur sekali ye bu?"
Siti tersenyum. Hatinya terasa tenang dan dia sangat bersyukur kerana mempunyai seorang anak yang boleh berdikari dan dipercayai...
Namun, perasaan sedih mula datang... Tidak lama lagi, anaknya itu akan menjadi milik orang lain... Siapa agaknya jejaka yang bertuah itu... dia mengelamun panjang.
.........
Ding Dong!
Siti membuka pintu lalu menyambut kepulangan suaminya.
"Mmm..bau sedap. Masak apa hari ni?" Ali bertanya kepada isterinya sambil mengurut-urut perutnya yang berbunyi.
![]()
"Masakan ringkas aja... bayam masak air dan sambal telur. Nur yang masak." bisik Siti.
"Nur masak? Wah... "
........
Usai membersihkan diri, Ali bersama anak dan isterinya duduk di meja makan untuk santapan petang.
Ali dengan penuh selera menghirup sup dan bayam sebelum menjamah nasi. Dia tersedak.
"Eh, kenapa lain rasa bayam ni?"
Siti pun menjamah bayam di pingganya. "Iyalah... Nur cuci tak sayur bayam ni?"
"Eh, mestilah...ibu suruh Nur cuci sampai bersih, kan?"
"Iya.. Tapi, kenapa bayam ni rasa pelik?"
"Entah ibu... Tapi Nur dah cuci ... Nur cucikan dengan sabun sekali!"
^_^v
Pengajaran: kalau ingin mencuci sayur, usah gunakan sabun. Gosokkan (gosok?huhu) dengan air sahaja sambil selawat ke atas Nabi. InsyaAllah bersih, suci dan segar! hehehe
Assalaamu'alaikum.