بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Tempoh hari saya terjumpa satu kata-kata omputih yang berbunyi:
"Time heals nothing unless you move along with it"
- Rachel Wolchin
Masa habis sekolah dulu, saya makan masa dalam lebih kurang 5 bulan untuk sedar yang saya dah habis O Level dan akan memasuki alam baru dalam peringkat pelajaran. Dan dalam universiti pula, sampai sekarang saya seakan tak sedar yang saya sudahpun di penghujug tahun terakhir sebagai seorang mahasiswi.
InshaAllah, harapnya macam tu.
Semoga tak ada subjek yang tersangkut, inshaAllah. Nebes eden. :3
Sekarang pula sesi mandi habuk, a.k.a., mengemas bilik dorm.
Rasa rindu sikit nak tinggalkan Mahallah ni...
Teringat lagi masa tahun pertama dulu, bila dapat tahu yang saya ditempatkan di Mahallah Halimah, rasa tak berapa nak best sebab Mahallah nya jauh di belakang, dan warna oren. Bab warna oren tu tak berapa nak significant pun sebenarnya... Saja nak jadikan sebab. Hee.
Dan masa tahun pertama dulu, bilik kita dah ditentukan- bukan pilihan sendiri. Bilik saya dulu tingkat 5; tingkat paling tinggi. Mahallah kita tak ada lift. Dalam hati merungut juga masa angkut barang-barang naik dari dalam kereta ke atas. Masa tu rasa kurang suka sikit dengan bilik tu.
Masa hujan lebat, bumbung bilik bocor sikit. Habis tilam basah dek air hujan. Malam-malam pula ada seribu satu jenis serangga tumpang tidur dalam bilik.
Tapi, yang best tentang bilik tu adalah: wifi laju dan pemandangan langit yang mashaAllah tabarkAllah. ^_^
Disebabkan bilik tu di tingkat atas, pemandangan langit tak terlindung dek bangunan lain. Nampak jelas sangat. Dan bilik tu menghadap ke arah timur, jadi setiap kali masuk waktu senja, akan terlihat pemandangan indah tatkala matahari mula mengundur diri.
Sesiapa yang follow saya di Instagram dulu pasti pernah nampak gambar-gambar sunset yang saya post. Semuanya dari bilik blok lama saya; blok F, mahallah Halimah (kalau ada sesiapa yang nak masuk UIA, atau nak pilih bilik best, silalah ke blok F tu. hehee).
![]() |
Sunset 2011 |
![]() |
Susnet 2012 |
![]() |
Sunset 2013 |
3 tahun saya duduk dalam blok yang sama sebab sayangkan pemandangan tu. Dari tahun satu di tingkat 5, turun sekejap ke tingkat 3 masa tahun 2, dan naik semula ke tingkat 5 masa tahun 3.
Sayangnya, tahun 4 saya terpaksa tukar blok. Sebelum ni saya tak pernah lagi ambil semester pendek (short sem). Tapi kali ni terpaksa sebab risau workload agak berat untuk tahun terakhir. Blok F tak dibuka untuk short sem, jadi saya terpaksa tukar blok... hampir bergenang juga air mata... hampir je. :]
Selepas membuat pemantauan, saya pun mengambil keputusan untuk pindah ke blok E yang hanya bersebelahan dengan blok F. Cuma kali ni, saya memilih bilik yang mengadap barat pula. Jadi, tak nampak lagi sunset yang memikat. Tapi pemandangan tu digantikan pula dengan pemandangan matahari terbit yang indah ^_^
Short sem bermula dalam keadaan jerebu. Langit sendiri kelihatan agak semput. Kurang sikit warnanya. Tapi tetap subhanAllah :)
![]() |
July 2013 |
![]() |
September 2013 |
![]() |
September 2013 |
Cuba kita perhatikan hadiah yang Allah berikan pada kita tiap pagi seperti pemandangan matahari terbit ni. Lihat dan amati keindahanNya... berzikir padaNya... renungkan ciptaanNya... inshaAllah hati akan terasa syukur dan sayang pada Allah, dan inshaAllah hari kita akan bermula dengan perasaan yang tenang dan senang. :)
![]() |
"Verily in the remembrance of Allah do hearts find peace" (Ar-Ra'd:28) |
Sekian :)
Sebenarnya post ni ditulis tanpa arah tuju. Ikut dan je tulis. Tak sangka pula agak panjang jadinya. Bak kata abang, "kalam shadeed". :3
Tapi inshaAllah semoga dapat beri manfaat kepada anda yang sudi membaca, walaupun hanya sebesar hidung semut. Eh, semut ada hidung?
Allahua'laam.
Semoga hari anda dimulakan dengan mengingati Allah dan semoga diberkatiNya sepanjangan hari, inshaAllah.
Assalaamu'alaikum wr.