Quantcast
Channel: Qurss
Viewing all articles
Browse latest Browse all 188

Cahaya yang Malap

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Ilmu itu cahaya. 
Sejak di bangku sekolah lagi, cikgu-cikgu sudah mengajarkan kepada kita bahawa ilmu itu cahaya. 
Tanpa cahaya, kita tak mampu untuk melihat arah tujuan kita. 
Mungkin sahaja kita tersalah jalan, mungkin terlepas anak tangga, mungkin terpijak ekor kucing... 
Semua disebabkan tiada sinar cahaya.

Begitu juga ilmu.
Tanpa ilmu, kita tak mungkin tahu membezakan antara yang benar dan salah, antara yang fakta dan auta.
Tanpa ilmu, kita mungkin terpinga-pinga, dan terkapai-kapai dalam mencari dan mengejar kehidupan.
Tanpa ilmu, kita mudah terpengaruh dan ditipu.

Contoh:
Kita ke kedai untuk membeli air teh secawan. Andai kata kita tidak tahu berapa harga biasa untuk air teh, jika peniaga itu meminta bayaran rm3 dengan mengatakan "Oh, harga teh naik..harga susu naik.. harga cawan pun naik", kemungkinan besar kita akan bayar juga rm3 tu. Tapi dengan ilmu, kita tahu kalau harga teh, susu, dan cawan naik sekalipun, takkan sampai rm3 untuk secawan teh, betul?

Demikianlah pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Tanpa ilmu, tiadalah sinaran cahaya untuk menyuluh jejak langkah kita di muka bumi ini.

Namun begitu, terkadang kita rasa susah untuk menerima ilmu.
Rasa susah nak faham. Baca berkali-kali, pergi kuliah sana sini, tetap kita lupa ilmu tu.
Walaupun terkadang dah berkali-kali kawan pesan pada kita, berkali-kali kita terbaca di Facebook atau Twitter, berkali-kali kita lihat ilmuan kongsi ilmu yang sama, tapi tak masuk juga. Selalu je lupa.
Kenapa?

Mungkin sebab hati.
Hati kita gelap...
Bila gelap, cahaya yang masuk kelihatan malap.

Kalau kita lihat orang yang menggunakan lampu picit bila memasuki satu bilik atau gua yang gelap, kita boleh nampak yang cahaya tu tak pergi jauh. Kita mampu menyuluh hingga beberapa meter di hadapan kita, namun kita masih di dalam keadaan gelap gelita.

Begitu juga dengan ilmu di dalam hati yang gelap.
Ilmu itu ada.. cuma agak malap..
Malap ditelan kegelapan.

Macam mana hati kita boleh gelap?
Jeng jeng jeng...

"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." 
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Kita semua gelak.
Dalam sehari terkadang tak terkira berapa kali kita gelak.
Bahahaha, sana.
Hehehehe, sini.
Kekeke, sinun.

Gelak ni dah jadi satu kebiasaan dalam hidup kita sehingga kalau tak gelak kita akan rasa pelik, kurang mesra, kurang meriah, kurang segalanya.

Ada juga yang mungkin akan berkata: Laughter is the best medicine.
Namun, Rasulullah s.a.w tak ajar pun kita untuk gelak. Malah, baginda s.a.w sendiri tak gelak... Rasulullah s.a.w hanya tersenyum sahaja.. kan?

Bila terlalu banyak gelak, mati dan gelaplah hati kita.
Lalu, bagaimana kita nak harapkan cahaya ilmu itu untuk terus menyinar di dalam hati?

Boleh gelak.. gelak sikit-sikit.. gelak sopan. "Hihihi" gitu.
Kita cuba sama-sama. 
Saya dan anda, inshaAllah. :)

Haa.. lama dah tak tulis blog. Panjang berjela pula post kali ni. ^_^v

Semoga hati-hati kita semua sentiasa dihidupkan dan diterangi cahaya ilmu yang hakiki yang mampu membawa kita lebih dekat pada-Nya, inshaAllah. Harap tegur andai terdapat kesilapan di dalam post ini. Sesungguhnya diri ini hanya hamba Allah yang masih mencari ilmu.

Allahua'laam.
Assalaamu'alaikum.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 188